P N P Prasekolah 1

Glitter Text Generator at TextSpace.net

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SLOT PRASEKOLAH

Tema : Kenderaan
Sub Tema : Kenderaan Darat
Tarikh :  04 MEI 2012
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pagi - 10.30 pagi
Mata Pelajaran : Asas Bahasa Malaysia
Fokus : BM 3.0 Kemahiran Membaca
                4.0 Kemahiran Menulis
Standard Kandungan : BM 3.5 Membaca Perkataan
                                    4.2 Menguasai Kemahiran Menulis
Standard Pembelajaran : BM 3.5.7 Membatang suku kata terbuka dan suku kata tertutup    
                                                 untuk menjadi perkataan
                                         4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betut
Objektif : 1. Murid dapat menyebut dan mengenal pasti sekurang-kurangnya empat jenis 
                   kenderaan darat yang ditunjukkan
               2. Murid dapat mengeja sekurang-kurangnya dua jenis kenderaan darat yang 
                   ditunjukkan
               3. Murid dapat memadankan gambar kenderaan dengan situasi yang sesuai
Kesepaduan : KTI 1.1.5 Mewarna di ruang tertentu
BBM : Komputer , kad perkataan , carta kenderaan , lembaran kerja , warna 





LANGKAH
ISI KANDUNGAN
STRATEGI
BAHAN
CATATAN
SET  INDUKSI
(5 Minit)
Guru memperdengarkan lagu “Bapaku Pulang Dari Kota”
-Dengan bimbingan guru, murid    menyanyikan lagu “Bapaku Pulang Dari Kota” yang diperdengarkan oleh guru.
-Murid menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan kreatif.
Komputer
Lirik Lagu
Kecerdasan Fizikal
LANGKAH  1
(5 Minit)
Bersoal jawab
-Guru menunjukkan beberapa slot jenis-jenis kenderaan iaitu kenderaan di darat, kenderaan di udara dan kenderaan di air.
-Guru menyoal murid secara rawak tentang gambar-gambar yang ditunjukkan
(Guru meminta murid menyebut sekurang-kurangnya 4 nama kenderaan daripada gambar –gambar yang ditunjukkan)
Komputer
Tayangan slot
Kad gambar
Kad perkataan
Carta kenderaan
Kecerdasaan Minda

Kecerdasan Bahasa
LANGKAH  2
(10 Minit)
Mengeja dan membatang suku kata untuk menjadi perkataan
-Guru menunjukkan gambar dan perkataan
-Dengan bimbingan guru, murid mengeja dan membatang suku kata bagi membentuk perkataan.
Contoh:
Bas          Van
Beca        Lori
Kereta     Basikal
Komputer
Tayangan slot
Kad gambar
Kad suku kata
Kad perkataan
Carta kenderaan darat
Kecerdasan Minda
LANGKAH 3
(7 Minit)
Menulis perkataan
Memadankan gambar
-Murid perkataan di dalam buku latihan seperti :
Bas      Beca   
-Murid memadankan gambar kenderaan dengan situasi yang sesuai

Lembaran kerja
Kecerdasan Minda
PENUTUP
(3 Minit)
Soal jawab
Menyanyi lagu
-Guru bersoaljawab dengan murid tentang slot pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari.
-Menyanyi lagu “Bapaku Pulang Dari Kota”
Carta kenderaan
Lagu
Kecerdasaan Fizikal
Kecerdasaan Minda